Terapi Hypnosleep boleh digunakan untuk pelbagai masalah terutama yang melibatkan anak-anak di bawah umur 12 tahun.
Hypnosleep dilakukan ketika anak-anak sudah tidur nyenyak. Ibu perlu berbisik ke telinga anak. Sebut nama anak dan beri arahan untuk anak mendengar dalam tidur. Ulangi lafaz ini beberapa kali.
Contoh lafaz seperti berikut:
Amira, ini ibu. Amira boleh dengar ibu, tapi Amira tetap tidur. (Ulang beberapa kali)
Kemudian, ibu sambung prosedur hypnosleep seterusnya iaitu mendapatkan signal daripada anak.
Contoh lafaz :
Kalau Amira sudah boleh dengar suara ibu, gerakkan jari telunjuk Amira.
(Ibu perlu menyentuh jari telunjuk anak dan berikan anak tempoh sekitar beberapa saat. Ibu boleh meminta anak menggerakkan jari lain dengan syarat anda menyebut jari yang sama dengan jari yang anda sentuh. Ulang lafaz ini hingga anak memberikan respon.
Apabila anak memberi respon menggerakkan jari, itu bermakna anak telah memasuki kondisi hipnosis dalam tidur.
Ibu boleh mula memasukkan saranan-saranan yang naik kepada anak.
Cadangan saranan yang boleh ibu sebutkan adalah seperti berikut:
Amira anak yang baik.
Amira sihat, pintar dan cergas.
Amira ada kawan-kawan yang sangat baik.
Ibu dan ayah sangat menyayangi Amira.
Amira disayangi dan disenangi semua orang.
Amira berani, yakin diri dan bersemangat.
Ibu boleh masukkan seberapa banyak saranan kepada anak. Sebaiknya tulis dahulu saranan di dalam buku agar ibu membaca saranan yang sama setiap hari.
Setelah selesai menyebut saranan kepada anak, ibu perlu mengembalikan anak ke kondisi tidur biasa. Ibu hanya perlu melafazkan, "Saat ibu berhenti bercerita dengan Amira, Amira tidur dengan nyenyak semula. Esok pagi, Amira bangun dengan segar dan lupakan apa jua yang ibu telah katakan. Sekarang Amira tidur, ibu sayang Amira.
No comments:
Post a Comment