Affirmasi adalah lebih dari sekadar pernyataan yang disebut untuk membantu diri anda merasa lebih baik. Affirmasi merangsang dan menggalakkan kehidupan yang penuh rasa kesyukuran dan fikiran yang positif.
Affirmasi memberi impak yang sangat ketara dalam kualiti hidup anda seharian. Dalam erti kata lain, ibu yang mempraktikkan affirmasi harian tidak terkesan dengan hal-hal remeh. Ibu akan lebih mengutamakan perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan.
Semakin lama ibu mengamalkan affirmasi setiap hari, ibu akan semakin berhati-hati terhadap setiap kata-kata mahupun fikiran mereka. Ibu juga akan sedaya upaya untuk mengelakkan fikiran negatif dari masuk ke minda dan jiwa ibu. Selalu ingat bahawa apa yang kita fikir, itulah yang kita minta dan tarik ke dalam hidup kita.
Amalan yang berterusan melatih rasa kesyukuran dalam jiwa untuk sekecil-kecilnya anugerah Tuhan. Dalam dunia yang penuh kepantasan dan terbuka ini, ramai yang terlupa melihat sisi yang sedikit. Kita hanya bersyukur apabila mendapat sesuatu yang besar, sesuatu yang berharga, sesuatu yang bernilai saja dan terlupa betapa setiap yang kecil itulah juga memaknai peristiwa besar dalam hidup kita.
Terdapat kajian menunjukkan bahawa, individu yang bersikap optimistik memiliki kesihatan jantung yang lebih baik manakala amalan affirmasi membantu anda terus kekal positif.
Anak-anak mencontohi ibu bapa. Apabila anak-anak melihat ibu mengamalkan affirmasi setiap hari, lebih mudah untuk ibu membimbing anak-anak membudayakan affirmasi harian. Ibu pun dapat lebih fokus dan bersama-sama anak tersayang memupuk rasa sentiasa bersyukur setiap waktu.
Rasa syukur membuat ibu dan anak tenang dan bahagia selalu.
No comments:
Post a Comment