Sunday, 2 December 2018

Bagaimana Affirmasi Bekerja

Minda manusia tidak dapat membezakan antara realiti dan imaginasi. Semasa anda menonton kisah di televisyen, emosi anda turut terikut-ikut dengan situasi yang berlaku dalam cerita tersebut walaupun anda tahu bahawa itu cuma lakonan.

Jika sewaktu kecil anda pernah mendengar ibu bapa anda mengatakan bahawa anda tidak boleh melakukan sesuatu, pernyataan ini tertanam dalam minda dan terpasak dalam minda bawah sedar anda yang seterusnya akan benar-benar berlaku dalam hidup anda sewaktu dewasa.

Sebagai contoh, ibu bapa anda mengatakan bahawa keluarga anda bukan orang berniaga. Berniaga itu susah. Bila saja anda memulakan perniagaan, atau buat macam-macam jenis perniagaan pun semuanya serba tak menjadi. Kalau maju pun akan berhenti di tengah jalan. Ini disebabkan memori tak boleh berniaga telah tertanam dalam minda bawah sedar anda.

Berita gembira untuk anda, semua halangan-halangan dalam minda ini boleh diubah dan diprogramkan semula agar anda mendapat apa yang anda inginkan.

Affirmasi positif membantu ibu-ibu mengatasi fikiran negatif yang selalu datang bertandang di minda dan sangat membantu dalam mengatasi cabaran-cabaran hidup sebagai seorang ibu.

Mengurus, membesarkan dan mendidik anak-anak adalah kewajipan seorang ibu. Ibu yang memiliki seorang anak berbeza cabarannya dengan ibu yang memiliki 2 orang anak. Pastilah tak sama cabaran dengan ibu yang memiliki 5 orang atau lebih anak. Ni baru cerita bilangan anak.

Lain pula situasi apabila bersama anak-anak mengikut perbezaan umur mereka. Ragam si kecil, ragam anak yang dah bersekolah, ragam anak remaja, dan ragam anak berkerjaya. Dah boleh jadi pakar psikologi tak bertauliah dengan pengalaman begini.

Ada masanya, tanpa sedar ibu mensabotaj diri sendiri disebabkan terlalu lelah dengan cabaran-cabaran ini. Ibu perlu rasa bahagia untuk membahagiakan orang-orang tersayang di sekelilingnya. Rakan-rakan yang positif dapat membantu ibu dan saling menyokong antara satu sama lain dalam usaha membina hati yang bahagia dan keluarga yang gembira.

Bersahabatlah dengan rakan-rakan yang positif, yang sama-sama mengamalkan affirmasi harian agar dapat berkongsi kisah serta pengalaman dalam menghadapi sesuatu situasi.


No comments:

Post a Comment