Wednesday, 5 December 2018

Deklarasi Ibu Untuk Anak

Sebelum memulakan bacaan deklarasi, sebaiknya pastikan diri berada dalam keadaan yang tenang dan gembira. Bersedia untuk menerima semua kata-kata positif masuk ke dalam diri dan jiwa anda. Senyum dan katakan dengan penuh keyakinan. Terbaik jika anda dapat membayangkan wajah anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Mulakan dengan lafaz Bismillah. (Lafaz dengan nama Tuhan mengikut kepercayaan masing-masing.)

Saya sayang anak-anak saya dengan setulus hati.

Saya gembira dan sangat bersyukur memiliki anak-anak terbaik.

Saya gembira dan bersyukur saya berpeluang menjadi seorang ibu.

Saya gembira dan bersyukur saya diberi anugerah terindah lambang kasih sayang saya dan suami.

Anak-anak saya beriman kepada Allah.

Anak-anak sentiasa menjaga ibadah dengan sempurna.

Anak-anak saya sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah.

Anak-anak sangat sayangkan saya.

Anak-anak menghormati dan jujur pada saya.

Anak-anak sentiasa saling menyayangi sesama mereka.

Anak-anak bertolak ansur dalam semua perkara setiap masa.

Anak-anak saya sentiasa berakhlak mulia.

Anak-anak saya bijak mengurus masa dan wang setiap masa.

Potensi anak-anak saya semakin menyerlah setiap hari.

Anak-anak saya di kelilingi orang-orang yang baik dan positif.

Anak-anak saya adalah anak yang terbaik dan menakjubkan.

Deklarasi ini hanyalah saranan sahaja. Anda boleh mengubah mana-mana deklarasi mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

Lafazkan setiap hari tanpa gagal. Anda akan melihat anak-anak anda semakin menjadi seperti yang anda doakan untuk mereka. Kita berikhtiar mengikut hukum yang ditetapkan, semuanya berlaku dengan izinNya jua.

No comments:

Post a Comment