Saturday, 1 December 2018

Menariknya Hukum Daya Tarikan

Pernah dengar orang kata,"Cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik, yang baik-baik akan datang kepada kita?"

Atau pernahkah anda lihat anak-anak anda memanjat dan cakap pada anak, "Jangan memanjat, nanti jatuh." Tak lama lepas tu anak anda betul-betul jatuh.

Atau pernahkah pula anda cuma fikirkan tentang seseorang dalam hati, tiba-tiba telefon anda berbunyi. Orang yang anda fikirkan menghantar mesej atau menelefon anda pada masa tu juga.

Inilah yang dinamakan Hukum Daya Tarikan. Tuhan telah menciptakan alam semesta dengan begitu banyak hukum. Seandainya kita mengikut hukum tersebut, hidup kita pasti baik-baik saja. Sebaliknya, jika kita melanggar hukum-hukum ini, kita jugalah yang akan menanggung akibatnya. Hukum ini terpakai untuk semua manusia tidak mengira bangsa atau agama. Dalam Bahasa Inggeris atau dalam keilmuan metafizik, ini digelar Law Of Attraction.

Kita menarik semua yang ada dan datang dalam hidup kita. Ya, ibu-ibu sekalian. Semuanya yang ada dalam hidup kita adalah apa yang hati kita minta, samada secara sedar atau tidak. Anak-anak berdisiplin. Anak-anak berakhlak baik. Anak-anak degil, tak mendengar kata. Semuanya dari diri kita, dari apa yang kita fikirkan selama ini. Setiap kata-kata samada dari hati kita mahupun diungkapkan dari bibir kita, semuanya menggetarkan daya tarikan untuk menjadi acuan membentuk anak-anak kita.

Tak boleh terimalah. Saya dah hantar anak belajar mengaji. Dah sekolahkan di sekolah terbaik. Saya dah pantau anak saya berkawan dengan siapa. Tentulah semua ibu buat segalanya yang terbaik untuk anak-anak kesayangan. Anda memang ibu yang baik.

Doa ibu adalah doa yang makbul. Beruntung jadi ibu. Ada satu perkara penting lagi yang ibu selalu tak perasan. Kerana makbulnya doa seorang ibu, ibu kena bijak kawal emosi. Jangan sekali-kali terdetik di hati kata-kata yang tidak baik tentang anak-anak, WALAUPUN di depan mata anda ketika itu anak-anak melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati anda.

Selalu ingat bahawa sangat benar doa ibu itu makbul. Mungkin saat ini, anak-anak tak berkelakuan seperti yang diharapkan tetapi dengan konsisten mendoakan, berfikir dan berkata-kata yang baik kepada anak, pasti anak-anak perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik dan semakin baik setiap hari.

No comments:

Post a Comment