Wednesday, 5 December 2018

Deklarasi Sebelum Tidur

Sebelum tidur adalah masa terbaik untuk memasukkan saranan-saranan yang baik ke dalam minda. Semasa kita tidur, sel-sel otak akan memproses data baru sepanjang hari tersebut untuk di bawa ke esok hari.

Apa yang datang dalam hidup anda esok, banyak dipengaruhi oleh perasaan dan emosi anda sebelum tidur. Jika sebelum tidur anda melayan perasaan sedih, maka hari esok anda akan bermula dengan kesedihan dan banyak perkara yang berlaku sepanjang ahari itu yang akan membuat anda bertambah sedih.

Jika anda merasakan bahagia sebelum tidur ditambah lagi dengan saranan-saranan yang baik, maka hari esok anda pasti banyak yang baik-baik menanti. Apa yang kita fokus sebelum tidur sangat penting.

Satu perkara penting sebelum tidur. Sebaiknya anda memaafkan semua orang. Memaafkan bukan kerana orang itu benar tetapi memaafkan agar hati anda tenang dan hidup anda bahagia.

Mari kita mulakan deklarasi sebelum tidur. Deklarasi ini hanyalah saranan mengikut pengalaman saya sebagai ibu. Anda boleh mengubah mana-mana deklarasi mengikut kesesuaian anda. Sebelum baca deklarasi, pastikan hati anda rasa tenang dan bahagia ya. Letakkan tangan kanan di dada kiri.

Mulakan dengan lafaz Bismillah. (Ikut agama masing-masing)

Aku sayang diriku.

Aku rindukan bahagia dalam jiwaku ini.

Maafkan aku wahai diriku.

Aku maafkan semua orang yang telah menyakitiku.

Yang berlalu biarlah berlalu.

Masa depan lebih penting.

Anak-anak lebih penting.

Keluarga lebih penting.

Ibu dan ayah lebih penting.

Fikiran-fikiran yang tak penting kubuangkan, kutinggalkan dan kulepaskan.

Perasaan-perasaan yang tak dapat kutinggalkan, ku serahkan pada Yang Maha Kuasa.

Agar tenang hatiku, agar sejuk jiwaku, agar lena tidurku.

Esok adalah hari yang bahagia.

Esok adalah hari yang sungguh menenangkan dan mendamaikan jiwaku.

Esok aku menerima semua kebaikan dan nikmat dari Tuhan.

Akhiri dengan doa mengikut agama masing-masing.

Tutup mata, senyum dan tidurlah dengan jiwa yang tenang.





No comments:

Post a Comment