Sunday, 2 December 2018

Deklarasi, Affirmasi Positif

Pening tak bila tukar istilah deklarasi ke affirmasi?

Minda anda sedang bergerak aktif lebih dari biasa. Otak akan jadi lebih segar dengan input-input yang baru. Otak yang 'fresh', merangsang sel-sel badan menjadi lebih baik dan sihat. Semakin mempesonalah ibu-ibu yang membaca buku ini.

Dalam aliran pemikiran bidang kajian otak serta kajian ilmu metafizik tentang tenaga dan getaran, affirmasi boleh dikatakan sebagai latihan pemikiran positif yang mampu meningkatkan keberdayaan diri seseorang.

Affirmasi akan menanam kepercayaan dalam minda individu untuk memiliki mental yang sangat positif sehingga individu tersebut mampu mencapai kejayaan dalam apa jua bidang kehidupan.

Affirmasi positif sangat bermanfaat untuk ibu-ibu amalkan bukan saja untuk diri sendiri, malah untuk suami dan anak-anak.

Affirmasi yang kerap dibaca, dan selalu berulang-ulang akan membuat minda anda semakin yakin percaya terhadap maklumat tersebut dan perubahan-perubahan positif akan mula berlaku dalam hidup anda. Dengan melakukan affirmasi setiap hari, anda akan mengubah corak atau paten di sekitar sistem tenaga anda yang akan mempengaruhi kepada berubahnya sikap dan hidup anda serta keluarga anda.

Tak perlu faham secara mendalam pun tak apa. Yang penting, ibu buat ibu dapat. Cuba amalkan secara berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh 21 hari berturut-turut dan lihat sendiri apa yang berlaku pada diri ibu serta kehidupan ibu.

No comments:

Post a Comment