Sunday, 9 December 2018

Asah Bakat Teknikal Anak

Ibu bapa menjaga pendidikan akademik dan pegangan agama anak-anak. Namun, banyak ibu bapa yang tidak menekankan kemahiran teknikal anak-anak. Sesetengah kemahiran ini amat diperlukan dalam kehidupan seharian anak-anak terutama apabila mereka mula belajar hidup sendiri nanti.

Kemahiran Memasak

Di peringkat kanak-kanak, anak-anak sangat teruja dan gembira apabila dapat merasakan pengalaman baru lebih-lebih lagi apabila diberi kepercayaan untuk membantu ibu. Semakin kerap anak-anak membantu ibu di dapur, kemahiran memasak mereka akan berkembang secara perlahan-lahan. Ibu boleh selitkan tips dan info makanan sihat semasa memasak bersama. Semasa ketiadaan ibu, anak-anak boleh membuat hidangan mudah sendiri.

Mengurus Pakaian Keluarga

Ibu boleh mula mengajar anak membasuh baju sendiri seawal usia mereka di alam persekolahan. Ajar anak bagaimana menggunakan mesin basuh, cara menjemur kain dengan baik, melipat pakaian kering dan menyusun pakaian di almari dengan kemas. Aktiviti ini lebih seronok apabila dibuat bersama adik-beradik yang lain.

Membaikpulih Perkakas dan Peralatan Rumah

Kanak-kanak selalu bersifat ingin tahu tentang sesuatu benda seperti apa yang ada dalam televisyen dalam peranti komputer, alat kawalan jauh dan sebagainya. Gunakan sifat ingin tahu anak-anak untuk menggalakkan mereka mempelajari sedikit sebanyak cara membaikpulih atau menyelenggara peralatan dan perkakas di rumah. Ajar anak-anak melakukan aktiviti yang tidak berbahaya seperti membaikpulih sinki yang tersumbat, menukar mentol lampu, membersihkan kipas meja dan menukar bateri alat kawalan jauh atau jam. Anak-anak akan rasa sangat teruja dengan pengalaman baru seperti ini dan pasti mereka sukarela membantu setiap kali anda hendak melakukan kerja-kerja membaik pulih atau menyelenggara di rumah.

No comments:

Post a Comment