Menurut seorang pakar keibubapaan, Shelly Lefkoe, anak-anak membentuk kepercayaan mereka berdasarkan tindakan serta perbuatan yang mereka lihat daripada ibu bapa.
Sebagai contoh, apabila anak melihat anda sibuk dengan telefon ketika mereka berbicara dengan anda, anak-anak akan membentuk kepercayaan bahawa diri mereka tidak berharga.
Sangat penting untuk ibu bapa lebih berkomunikasi dengan lebih baik semasa bersama anak-anak.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Ibu bapa bukan saja perlu memberikan anak-anak pendidikan awal yang baik, amatlah penting ibu bapa bertolak ansur dengan kepelbagaian sikap anak-anak. Ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak-anak menghadapi cabaran hidup dengan asas yang kukuh.
Dalam perubahan zaman yang begitu pantas, ramai ibu bapa terjebak dengan perlawanan yang diciptakan sendiri. Masing-masing ingin menjadikan anak sebagai persaingan sehingga anak-anak menjadi mangsa. Anak-anak diasak dengan kesempurnaan. Semua nak sempurna. Keputusan peperiksaan dibanding-bandingkan. Pencapaian anak-anak digembar-gemburkan dengan niat membanding beza.
Anak-anak yang hidup dalam tekanan seperti ini akan membesar menjadi orang yang sangat tertekan jiwanya. Dirinya dan hidupnya sentiasa perlu dibandingkan dengan orang lain. Apabila berhadapan dengan kegagalan, mereka hilang arah. Sedangkan kegagalan adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan.
Dapat sesuatu?
No comments:
Post a Comment